Followers

Thursday 11 August 2011

tak semestinya PERFECT !!!

Assalamualaikum ..
hari ni agak keletihan sebab banyak kerja yang dibuat dari pagi sampai ke malam ni .
Alhamdulillah dengan berkat tubuh badan yang sihat aku kuat untuk menghadapinya .

ok berbalik kepada tajuk entry aku hari ni .
TAK SEMESTINYA PERFECT !
ape maksud aku ?
apa jua yang kita lakukan tak semestinya sempurna kan .
dalam Al-Quraan pun ade mengatakan bahawa manusia diciptakan tak semua nya sempurna .
masing masing ade kecantikan , kelebihan , kebijaksanaan dan lain2 dengan tersendiri .
begitu juga aku yang di gelar manusia .

aku seorang perempuan yang tergolong dalam kalangan insan yang lemah .
insan yang lemah dengan perasaan sendiri .
yang lemah untuk membuat keputusan .
yang lemah untuk melawan seorang yang kuat .
kerana itu aku ingin didampingi oleh seorang lelaki yang meletakan martabat seorang perempuan itu setingginya .
menjaga maruah seorang wanita dengan sebaik baiknya .

aku meyakinkan diri aku yang dia boleh mendampingi aku hingga ke syurga kelak .
walau hanya sebentar perkenalan kami sebagai kawan .
walau hanya beberape minggu menjalani hubungan ini .
aku yakin dia boleh menjadikan aku insan yang baik dari segi luar dan dalam .
insyaallah dengan izin Allah .
kita manusia hanya dapat merancang tapi segalnya Allah yang menentukan .
tak semestinya apa yang kita rancang harus terjadi .. kan ?

mungkin pade korang ia tiada pengisian .
ini hanyalah luahan perasaan insan yang lemah .
aku harap korang dapat fahami ape pengisian nya .
dan yang lelaki aku minta mereka dapat menjaga pasangan mereka dengan sebaik mungkin .
andai tidak berdaya jangan pernah mengalah .
bangkit dan teruskan pejalan anda dengan medekati Allah .
insyaallah anda diberkati oleh Allah .
di berikan pertunjuk dan hidayah .

Assalamualaikun :))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
copyright by Quraisyah edited by adifikri with love